Wednesday 17 August 2011

Kerjaya Broker Hartanah / Perunding Hartanah

Pernahkah kwn2 semua tahu atau mendengar tentang kerjaya sebagai perunding hartanah?atau sebutan kampungnye orang sebut broker (dalam sektor hartanah)?
* pernahkah kwn2 terfikir untuk menceburi bidang ini samada secara sepenuh masa atau separuh masa?
* adakah kwn2 tahu bidang ini telah melahirkan ramai jutawan?
* pernahkan kwn2 tahu sektor hartanah memberikan pulangan yang sangat lumayan?
ADAKAH KWN2 TAHU CARA-CARA/PROSEDUR UNTUK MENCEBURI BIDANG INI?

Kalau rumah macam ni dapat mark-up boleh beli sebiji kete...

     Pengalaman aku mencari sebidang tanah untuk dijadikan aset pada masa akan datang telah membawa aku mengenali ramai broker2 hartanah samada yg bergerak secara sah mahupun secara haram di melaka ni...kenapa ada yg bergerak secara haram?sebenarnya bukan haram tp mereka2 ni tidak berdaftar dengan LPPEH ( Lembaga Penilai, Pentafsir dan Ejen Hartanah Malaysia ). Mereka hanya mark-up harga atau makan percent secara terus daripada tuan empunya property dan juga daripada pembeli. Secara jelasnya ejen tidak berdaftar boleh mark-up harga daripada penjual dan pembeli serentak. Masyuk tu... Fuh2...Jap amek nafas...Nak jadi broker haram ni cara dia kene rajin cari iklan2 jual properties la...samada dari internet...dari iklan media cetak juga dari papan2 tanda...then jumpe owner untuk tawarkan diri sebagai ejen dan carikan buyer...berikan sedikit butiran mengatakan anda mempunyai ramai senarai pengumpul hartanah/bakal pembeli...sebelum tu nak memudahkan kerja anda perlu mempunyai ramai pengumpul hartanah dalam senarai anda...kene ramai kenalan dr individu2 koperat dan Datuk2 ke...Ape pun yang x bestnye jadi broker haram ni susah nak dapat kes...dapat pun daripada tangan ke-2...tangan ke-3...yang jadi mangsa adalah pembeli sebab harga dah melambung jauh lebih tinggi dari harga semasa...Juga yg x bestnye jd broker haram ni adalah bile korang minta LOI ( Letter of Intent/Surat Tunjuk Minat ) daripada bakal pembeli,bakal pembeli pulak minta LO ( Letter Offer ) dulu drpd broker x berdaftar ni so harga daripada penjual x dapat nak mark-up...biasanya pembeli macam ni jenis yg tahu prosedur dan berhati2...dan sebab itu kes sebegini biasanya makan masa dan kadang2 lansung x close...sebab pembeli yg bijak ni tahu ada broker haram yg gelapkan wang deposit...pastu hilang...entah kemane?

Contoh LOI 
  
      Ape pun klu kwn2 ade properties yg nak jual x kisahla nak lantik yg ejen/broker x berdaftar ke...yg berdaftar ke (lebih baiklah)...tp yg penting properties terjual...( to be continued )

No comments:

Post a Comment