Wednesday 28 September 2011

Projek Bungalow2 Baru

Pertambahan penduduk (arnab2) telah memadatkan penempatan setinggan yang sedia ada. Atas alasan itu aku mengambil keputusan untuk membina beberapa buah bungalow lagi untuk memberi keselesaan kepada penduduk2 yang semakin bertambah. Peringkat awalnye cadangan untuk membina bungalow2 ini adalah menggunakan material daripada kayu seperti penempatan2 setinggan sebelum ini,bagaimanapun longgokan besi Y yang banyak di rumah memberi inspirasi kepada aku untuk membina bungalow ini daripada material besi. Besi Y ade pelbagai saiz dari Y10, Y12, Y16, Y20,Y25 dan Y32. Aku tahu ni pun sebab pengalaman aku praktikal di kilang Maju Steel Merlimau kira2 7 tahun lalu (aku ingat lagi tau...ingatan baik kuat mkn kismis hehe). Tapi x tahu la kan sekarang kalau ade syarikat2 yg lain keluarkan saiz2 yang terbaru...Untuk bina bungalow ni aku just guna Y12 dan Y10...Y12 sebagai tiang utama dan Y10 sebagai kerangka...firstly mesti wat design dulu...sebab kene ambil kira kelebaran jaring yang saiz lebar standard 3 kaki...jadi aku ambil kelebaran 3 kaki tetap untuk mengelakkan pembaziran jaring...(bukan murah wo jaring) hampir cecah seratus segulung yang x karat punye...

 
Lakaran awal
Peringkat seterusnya adalah kerja2 pemotongan besi...keje ni xlah susah sgt sebab guna disc cutter...ukur dan potong...klu tradisional guna gergaji besi memang jenuh la sket...dah settle keje2 pemotongan seterusnya keje welding pula dijalankan...hasil pembelajaran semasa di politeknik dan pengalaman2 terlibat dengan reserch dan kerja2 fabrikasi di tempat kerja memberi sedikit pengetahuan tentang kimpalan arka ni...cuma yang lecehnya bila buat sorang2 agak lambat sketla...Last sekali kerja2 kemasan (mengecat) dan pemasangan jaring...Hasilnya..

Dimensi


1 contoh yang dah siap sepenuhnya

Sekarang aku dalam proses membina beberapa bungalow lagi yang berbumbung...tapi x pasti samada nak guna zink biasa atau zink macam awning tu ( cantik sket...)