Thursday 13 October 2011

Penternakan Arnab Pedaging

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL
  1. SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
  1. Unit pembiakan baka.
    Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
  2. Unit pengeluaran daging.
    Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
    Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
  • BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
  1. New Zealand White.
  2. Calfornian.
  3. Carolina.
  4. New Simonare.
  5. Sepanyol.
  • PEMILIHAN BAKA
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:
  1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
  2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
  3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
  4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
  • PUSAT JUALAN BAKA
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.
Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
  • SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
  1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
  2. Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
  3. Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
  • PEMILIHAN KAWASAN
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
  1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
  2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
  3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
  4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
  5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
  • KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
  1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
  2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
  3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
  4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
  5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
  6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
  7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
  • MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
  1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
  2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
  3. Untuk memudahkan program pembiakan.
  4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.
  • MAKANAN UTAMA
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.
  • CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
  • MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.
  • PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
  • KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
  • KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.
  • MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
  • TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
  • BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
  • ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
  • MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
  • IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
  • CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.
  • PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
  • HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:
  1. Glu (gam)
  2. Baja (baja kompos)
  • CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
  1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

Sumber : Usahawan Bumiputera Dot Com

Tuesday 4 October 2011

sangkar baru (buatan sendiri) dan arnab untuk di jual (oktober 2011)

 kaki dari besi Y12 (12mm) ,kerangka dari besi Y10 (10mm), jaring tahan karat dan kemasan cat + anti rust...ringan tetapi lasak...

3 kaki panjang x 2 kaki lebar x 3 kaki tinggi (rm125)

p/s : sebarang tempahan boleh hubungi saya...design boleh tentukan sendiri...

kampung + mix anggora (3 = rm80)

kampung + mix anggora (seekor rm30)


mix anggora...bulu tebal bersih (3 ekor = rm120)

mix anggora (seekor rm45)

mix anggora (seekor rm45)

Wednesday 28 September 2011

Projek Bungalow2 Baru

Pertambahan penduduk (arnab2) telah memadatkan penempatan setinggan yang sedia ada. Atas alasan itu aku mengambil keputusan untuk membina beberapa buah bungalow lagi untuk memberi keselesaan kepada penduduk2 yang semakin bertambah. Peringkat awalnye cadangan untuk membina bungalow2 ini adalah menggunakan material daripada kayu seperti penempatan2 setinggan sebelum ini,bagaimanapun longgokan besi Y yang banyak di rumah memberi inspirasi kepada aku untuk membina bungalow ini daripada material besi. Besi Y ade pelbagai saiz dari Y10, Y12, Y16, Y20,Y25 dan Y32. Aku tahu ni pun sebab pengalaman aku praktikal di kilang Maju Steel Merlimau kira2 7 tahun lalu (aku ingat lagi tau...ingatan baik kuat mkn kismis hehe). Tapi x tahu la kan sekarang kalau ade syarikat2 yg lain keluarkan saiz2 yang terbaru...Untuk bina bungalow ni aku just guna Y12 dan Y10...Y12 sebagai tiang utama dan Y10 sebagai kerangka...firstly mesti wat design dulu...sebab kene ambil kira kelebaran jaring yang saiz lebar standard 3 kaki...jadi aku ambil kelebaran 3 kaki tetap untuk mengelakkan pembaziran jaring...(bukan murah wo jaring) hampir cecah seratus segulung yang x karat punye...

 
Lakaran awal
Peringkat seterusnya adalah kerja2 pemotongan besi...keje ni xlah susah sgt sebab guna disc cutter...ukur dan potong...klu tradisional guna gergaji besi memang jenuh la sket...dah settle keje2 pemotongan seterusnya keje welding pula dijalankan...hasil pembelajaran semasa di politeknik dan pengalaman2 terlibat dengan reserch dan kerja2 fabrikasi di tempat kerja memberi sedikit pengetahuan tentang kimpalan arka ni...cuma yang lecehnya bila buat sorang2 agak lambat sketla...Last sekali kerja2 kemasan (mengecat) dan pemasangan jaring...Hasilnya..

Dimensi


1 contoh yang dah siap sepenuhnya

Sekarang aku dalam proses membina beberapa bungalow lagi yang berbumbung...tapi x pasti samada nak guna zink biasa atau zink macam awning tu ( cantik sket...) 

Thursday 18 August 2011

Teka-Teki Lawak

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape kebendanya?

Wednesday 17 August 2011

Kerjaya Broker Hartanah / Perunding Hartanah

Pernahkah kwn2 semua tahu atau mendengar tentang kerjaya sebagai perunding hartanah?atau sebutan kampungnye orang sebut broker (dalam sektor hartanah)?
* pernahkah kwn2 terfikir untuk menceburi bidang ini samada secara sepenuh masa atau separuh masa?
* adakah kwn2 tahu bidang ini telah melahirkan ramai jutawan?
* pernahkan kwn2 tahu sektor hartanah memberikan pulangan yang sangat lumayan?
ADAKAH KWN2 TAHU CARA-CARA/PROSEDUR UNTUK MENCEBURI BIDANG INI?

Kalau rumah macam ni dapat mark-up boleh beli sebiji kete...

     Pengalaman aku mencari sebidang tanah untuk dijadikan aset pada masa akan datang telah membawa aku mengenali ramai broker2 hartanah samada yg bergerak secara sah mahupun secara haram di melaka ni...kenapa ada yg bergerak secara haram?sebenarnya bukan haram tp mereka2 ni tidak berdaftar dengan LPPEH ( Lembaga Penilai, Pentafsir dan Ejen Hartanah Malaysia ). Mereka hanya mark-up harga atau makan percent secara terus daripada tuan empunya property dan juga daripada pembeli. Secara jelasnya ejen tidak berdaftar boleh mark-up harga daripada penjual dan pembeli serentak. Masyuk tu... Fuh2...Jap amek nafas...Nak jadi broker haram ni cara dia kene rajin cari iklan2 jual properties la...samada dari internet...dari iklan media cetak juga dari papan2 tanda...then jumpe owner untuk tawarkan diri sebagai ejen dan carikan buyer...berikan sedikit butiran mengatakan anda mempunyai ramai senarai pengumpul hartanah/bakal pembeli...sebelum tu nak memudahkan kerja anda perlu mempunyai ramai pengumpul hartanah dalam senarai anda...kene ramai kenalan dr individu2 koperat dan Datuk2 ke...Ape pun yang x bestnye jadi broker haram ni susah nak dapat kes...dapat pun daripada tangan ke-2...tangan ke-3...yang jadi mangsa adalah pembeli sebab harga dah melambung jauh lebih tinggi dari harga semasa...Juga yg x bestnye jd broker haram ni adalah bile korang minta LOI ( Letter of Intent/Surat Tunjuk Minat ) daripada bakal pembeli,bakal pembeli pulak minta LO ( Letter Offer ) dulu drpd broker x berdaftar ni so harga daripada penjual x dapat nak mark-up...biasanya pembeli macam ni jenis yg tahu prosedur dan berhati2...dan sebab itu kes sebegini biasanya makan masa dan kadang2 lansung x close...sebab pembeli yg bijak ni tahu ada broker haram yg gelapkan wang deposit...pastu hilang...entah kemane?

Contoh LOI 
  
      Ape pun klu kwn2 ade properties yg nak jual x kisahla nak lantik yg ejen/broker x berdaftar ke...yg berdaftar ke (lebih baiklah)...tp yg penting properties terjual...( to be continued )

Tuesday 16 August 2011

Seronoknye berniaga...

Musim buah-buahan...aku tinggal di kampung...kg Serkam Darat...tanah yg aku duduk ni tanah pusaka...pelbagai jenis pokok buah-buahan yg di tanam oleh orang tua aku (ayah)..nenek aku...serta datuk moyang terdahulu...ade pokok durian..manggis..rambutan..mata kucing..pulasan..cempedak..nangka..dan banyak lagi..teringat kira-kira 4/5 tahun dulu aku rajin menjual rambutan dan manggis bersama kawan-kawan...ican..alip..maiden..mmg kawan-kawan yg selalu bersama2 dengan aku 'buat duit' bila tiba musim buah-buahan...x kiralah dimana asal 'port' meniaga tu ade potensi...antaranya aku berniaga di medan2 ikan bakar sekitar melaka pd waktu malam..asal ade tapak aku pacak payung dan meja meniaga aku..kenderaan?kete sendiri la...bersemut ke ape ke janji 'masyuk'...bukan selalu,setahun sekali je pun...julai tahun 2011...musim buah-buahan tiba lagi...aku merancang untuk berniaga lagi tahun ni...dengan siapa??ican la kebetulan dia sedang bercuti panjang (dia keje belayar kapal)...setelah berbincang dia setuju nak tolong...so aku plan nak jual durian dengan manggis je tahun ni...ingat nak jual rambutan jgk tp tahun ni rambutan agak lambat sket...lgpun klu nak jual rambutan penat giler...nak gugurkan rambutan dengan tangkai2 dia je dah x tahan...semut,kerengga,penyengat...macam2 pernah dulu aku hampir2 terjun sungai sebab lari dari penyengat yg marah aku usik sarang diaorg...

Kalau nak memikat hati pembeli...ape barang sekali pun packing mau cantik...macam tu jgkla klu nak jual rambutan ni,susunan buah tu kene kemas...kalau boleh bulat dan padat...ikatan mesti ketat serta potongan tangkai yg rata dan sekata...bukan senang tau...cara ni bukan saja melihatkan cara kerja yg kemas tapi mudah nak packing buah ke dalam beg plastik...memang leceh sketla klu nak jual rambutan ni...harga pun paling tinggi boleh pergi rm2 sekilo...lebih2 org cakap mahal... ;-))

Pagi-pagi jam 6 aku dah ke dusun ayah aku kat kg Tedong untuk mengutip buah durian...biasa bawak karung tp klu tertinggal macam kat atasla guna 'baju karung moden'...nak kutip durian kene kuar awal klu lewat sampai matahari terbit jawabnye x dapatla durian...

Port cantik punya...bawah jejantas jalan serkam-umbai Lebuhraya AMJ...actually port ni tempat polis buat road block...kate makcik yg duduk kat situ...tp sementara diaorg x buat road block better aku buat port meniage dulu...klu diorg dtg kang cabut le tp alhamdulillah sampai abis niaga xde gangguan...

Manggis...antara buah yg mendapat nilai tinggi dalam pasaran buah-buahan tempatan...boleh mencecah rm5 sekilo klu kene pada tempatnye...buah ni jgk antara target tinggi aku klu berniaga buah-buahan tp kenela 'kalah' pada harga klu nak 'menang' hati pembeli...manggis ni klu nak cantik kene harvest (belajar dr FarmVille) sehari sebelum kita nak jual...sebab isi masih sgt elok sementara getah dah kering...senang je nak harvest,guna galah sangkak...sekali jolok sebiji...2 biji klu handal boleh dapat 3biji masuk dalam sangkak...klu dulu aku handal memanjat,sekarang beban dah bertambah...x larat dah nak bwk beban sendiri naik atas pokok kira2 50kaki tu...juga pastikan buah yg diharvest x jatuh ke tanah...aku reject terus klu ade buah yg jatuh...(reject tu pun bukanla aku buang...aku kupas mkn sendiri...) yela nak meniagakan kenela jg kualiti...jgn tamak sgt ambil terlalu byk...macam aku target tinggi2 pun 20kg sehari (tgk pada lokasi nak meniaga jgkla...)...sebab klu jual x habis masuk hari keesokkannya buah dah x brp cantik...keras dan lebam...alhamdulillah sambutan manggis tahun ni sgt menggalakkan...

Tips memilih manggis :
1) Pilih yg berwarna ungu tua terang bukan ungu muda...kebiasaannya ungu muda ni belum tp hampir masak...biasanya bila dikupas sedikit bergetah pada kulit dalamnya kalau kene pada isi jadi pahit...
2) Pilih tangkai yg masih hijau kekuningan bukan coklat dan kecut sebab buahnya sudah agak lama,isinya kemungkinan keras bercampur getah kulit dalam...dan kulitnya mungkin jgk keras x boleh dibuka...
3) Tekan sedikit klu lembut itu buah baik...klu keras kemungkinan buah tu dah jatuh ke tanah dan dah mengkal... ;-))

Alhamdulillah tahun ni durian agak menjadi...pokok2 dirumah je x habis kami makan sekeluarga...tambah pulak lagi pokok2 di dusun...dari buah2 yg x termakan ni lah timbul idea aku nak berniaga buah durian...strategi pemasaran (bak kate kwn aku ican ) kite letak harga rm2 (gantung harga besar2...)untuk buah durian gred C...utk gred B klu org tanye baru bgtau harganya lain...x sama...tp kene asingkan longgoknye...tp tgk jg kalau orang beli banyak aku kurangkan sikit harganya...durian gred A?? xde plak kat rumah dan dusun aku...semua durian kampung...kalau ade memang masyuk!!!sekilo boleh cecah rm10/rm12...rm25 - rm40 sekilo pun ade...kalau betul2 'kaki' durian bolehla beli...macam aku x 'kaki' sgt...biase2 je...

Antara kerja yg sgt seronok klu tahu nikmatnye...yg penting tahu batas-batas perniagaan dan kejujuran...bukan susah klu berniaga mcm ni dah siap setup semua perkakasan dah boleh duduk je tunggu pembeli...sementara menunggu buatla pe yg patut...main chess ke...main saidina klu ade 4 org...klu sorg2 duduk diam2 bilang kete2 yg lalu hahaha...seronok kn??...paling seronok bile dtg pembeli yg suka borong...nah amek sekali beli terus masuk rm50...seronok kn??...2ronok??..3ronok??..beronok-ronok...alhamdulillah klu usaha ade la rezeki daripada Allah...di mana ada kemahuan, di situ ade??...Lebuh AMJ... ;-))


pelihara / ternak arnab

Aku memang minat gile pelihara haiwan...x kira la ayam ke...burung ke...ikan...dan bermula setahun yg lalu aku pelihara arnab...aku bermula dengan membeli 5 ekor anak arnab kacukan kampung/anggora...semua rm80...bagaimanapun hanya seekor jantan yg hidup sehingga kini berusia 1tahun 6bln...kira2 6 bulan yg lalu aku belikan 3 ekor betina untuk jantan yg sekor ni...kire madu 3 la...ketiga3 betina ni mmg rajin beranak tp kebanyakkannye mati...x tahulah samada ibunya x pandai jg anak atau aku yg x pandai selok belok penternakan arnab...mmg ye pun...nak bela pandai tp x pandai nak jaga...tp bulan julai baru2 ini aku mendapat berita gembira bila seekor daripada ibu melahirkan 9 ekor baby rabbit yg sangat comel...bagaimanapun tinggal 8 je x tau mane lagi 1 tu menghilang rasanya kene makan kucing...harap-harap 8 ekor yg ni terus membesar dan berkembang biak...jika diizinkanNya nampaknya kene la aku besarkan lagi "aparment" untuk arnab2 aku ni.... ;-)))

adik aku adert memang suka gomol anak-anak arnab aku....

lubang persembunyian...

ibu penyayang...

jambu pun telan...

laman apartment....

9 siblings...

Harap-haraplah masa akan datang nnti aku dapat mengembang biakkan arnab-arnab aku ni dengan lebih berjaya hingga ke peringkat komersial...manelah tau kan...orang kata dengan hobi boleh bikin wang...insyaAllah...

16/08/11

tarikh start buat blog ni...
mula2 tgk dalam mudah ttg rabbit...ownernye ade blog sendiri berkenaan dengan penternakan rabbit2nye...seronok jgk klu ade blog...tup2 terfikir nak buat blog sendiri...jd aku pun search kat google camne nak wat blog...akhirnye dpt dari http://cara-buat-blog.blogspot.com/ hahaha kalau korang ade rasa nak buat blog bolehla refer pada link tu ye....